Makanan Tradisional Malaysia Popular Patut dah Cuba

 Makanan Tradisional Malaysia Popular Patut dah Cuba

Malaysia sebuah negara yang terkenal dengan misakiknoxville.com masyarakat yang berbilang kaum. Setiap kaum di Malaysia juga bebas mengamalkan budaya masing – masing selagi ia tidak bertentangan dengan undang – undang negara.

Kaum Melayu merupakan kaum majoriti di Malaysia. Ia diikuti pula dengan kaum Cina, India serta lain – lain kaum minoriti lain. Masyarakat majmuk di Malaysia membuatkan ramai pelancong dari luar selesa datang bercuti ke negara kita.
Oleh kerana Malaysia memiliki rakyat yang berbilang kaum, maka tidak hairanlah jika makanan orang Malaysia juga terdiri dari pelbagai jenis makanan yang boleh dinikmati bersama. Antara hidangan popular dan digemari oleh rakyat Malaysia adalah seperti yang tersenarai di bawah.

1. Nasi Lemak

Nasi Lemak merupakan hidangan makanan Melayu. Ia diperbuat dari beras yang dimasak dengan santan kelapa, bawang merah, halia dan juga daun pandan. Nasi Lemak juga dikenali sebagai juadah kebangsaan Malaysia dan boleh di setiap pelosok Malaysia.

Nasi lemak di Malaysia biasanya mengandungi sambal tumis, ikan bilis goreng, kacang tanah goreng, timun dan telur rebus. Terdapat juga penjual Nasi Lemak menyajikannya dengan lauk pauk lain seperti sambal sotong, sambal kerang, telur goreng, ayam goreng, rendang dan sebagainya.

2. Asam Laksa

Asam Laksa merupakan hidangan tradisi masyarakat Baba dan Nyonya. Hidangan ini merupakan mee beras yang disajikan bersama kuah ikan pedas. Keturunan Baba dan Nyonya ini pada asalnya merupakan immigrant Cina yang datang ke Tanah Melayu. Mereka ini telah menggabungkan budaya Melayu yang diterapkan dalam kehidupan seharian.

Gabungan unsur dua budaya ini telah menghasilkan hidangan Asam Laksa ini. Hidangan ini dimakan bersama bahan lain seperti hirisan timun, bawang, cili, nenas, daun salad, daun kesum dan juga bunga kantan.

3. Roti Canai

Roti Canai merupakan roti leper yang diperkenalkan oleh masyarakat India. Ia boleh didapati di kebanyakan restoran mamak dan restoran Melayu di Malaysia.

Hidangan ini dibawa oleh immigran Tamil Muslim yang telah menetap di Malaysia. Ia turut dikenali dengan nama ‘roti terbang’ kerana proses pembuatannya yang seakan lemparan dan pusingan sebelum dimasak.

Biasanya Roti Canai dimakan bersama kuah kari samada kari ikan, ayam, daging atau kambing, kuah kacang dhal dan juga sambal tumis. Malah, ada di sesetengah tempat menikmati Roti Canai ini bersama gula pasir yang dicampurkan ke dalam kuah kari.

4. Rojak

Rojak merupakan salad tradisional yang mengandungi pelbagai jenis buah-buahan dan sayur-sayuran. Di Malaysia terdapat pelbagai jenis rojak iaitu rojak buah,rojak India, rojak Penang dan rojak sotong kangkung.

Bagi rojak buah biasanya terdiri dari potongan buah timun, mangga, nanas, sengkuang, taugeh dan juga tauhu goreng. Kuah rojak buah pula diperbuat daripada kicap, belacan, air, gula, jus limau nipis, cili dan kacang tanah yang dikisar.